APEL.A

APA ITU

  • APEL.A diwujudkan bagi menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada mereka yang memiliki pendidikan formal yang kurang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
  • APEL menggalakkan seseorang individu meningkatkan pengetahuan secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal.
  • APEL memberi peluang yang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu tersebut

Penilaian APEL Sijil (APEL T-3), Diploma (APEL T-4) dan Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)

  • 40 soalan objektif (10 soalan setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am)
  • Lulus minimum 50% daripada 40 soalan (20 soalan)
  • Tahap Kesukaran Ujian - Peringkat UPSR/PT3
  • 40 soalan objektif (10 soalan setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am)
  • Lulus minimum 50% daripada 40 soalan (20 soalan)
  • Tahap Kesukaran Ujian - Peringkat SPM dan setara

Penilaian APEL Ijazah Sarjana (APEL T-7)

  • 75 soalan objektif dan 5 soalan struktur (sila rujuk “APEL Handbook for Learners: Admission to Master Level” untuk pecahan soalan bagi setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am)
  • Lulus minimum 50% daripada keseluruhan soalan
  • Tahap Kesukaran Ujian - Ijazah Sarjana Muda
Penghantaran portfolio sebanyak DUA (2) salinan yang telah dijilid kemas (contoh: comb binding). Setiap salinan dokumen yang disertakan perlu disahkan.

- Muat Turun Borang Portfolio

Bagi membantu pemohon menyediakan portfolio, disertakan beberapa contoh kandungan portfolio yang telah dikemukakan untuk penilaian APEL bagi Tahap 7.

Disclaimer:

Memandangkan kandungan portfolio adalah bersifat SULIT dan merupakan salah satu kriteria yang akan dinilai bagi menentukan kesesuaian dan kesediaan calon untuk melanjutkan pengajian, kandungan terperinci bagi contoh portfolio ini tidak sesuai dipaparkan sepenuhnya.

Sila klik contoh berikut:
  • Sesi temu duga adalah untuk penilaian APEL (A) T-7 sahaja
  • Berlangsung dalam tempoh 30 minit (bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa sesi temu duga berlangsung)
  • Berkisar kepada pengalaman bekerja dan bidang pengajian yang akan diikuti di institusi pengajian tinggi

Senarai Badan Profesional yang Menerima Kemasukan Pelajar Melalui Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning)

Sepertimana yang telah digariskan di dalam buku Guidelines to Good Practices: Accreditation of Prior Experiential Learning perkara 4.1 Kriteria Kemasukan menyatakan bahawa 'Bagi program profesional, keperluan kemasukan mesti mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh badan profesional yang berkenaan'. MQA telah mendapatkan maklum balas daripada badan profesional mengenai perkara ini.

RUJUKAN: MQA & Badan Profesional

Berikut disenaraikan maklumat badan profesional yang membenarkan kemasukan pelajar ke program di bawah badan profesional melalui APEL.A.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut diperlukan, sila berhubung terus dengan badan profesional berkaitan.
Nama Badan Profesional


Tahap APEL.A yang Boleh Memohon ke Program di Bawah Badan Profesional
Syarat Tambahan


No. Rujukan & Tarikh Surat Badan Profesional

Pautan Laman Sesawang


Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)
APEL.A Tahap 3 (Sijil)
APEL.A Tahap 4 (Diploma)
APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)
Mematuhi syarat minimum seperti yang digariskan di dalam TTAC Manual 2019.

TTAC Manual 2019 boleh didapati di laman sesawang MBOT melalui pautan 
https://www.mbot.org.my/
MBOT.600-8/1/3 (3)
15 November 2019
Lembaga Jurutera
Malaysia (LJM)
APEL.A Tahap 3 (Sijil)
APEL.A Tahap 4 (Diploma)
APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)
Calon yang memohon untuk kemasukan ke program Kejuruteraan melalui APEL.A mestilah menunjukkan pencapaian yang sesuai dalam kelayakan Matematik dan Sains Fizikal melalui bridging module yang sesuai.
BEM/GOV (EAC) Jld. 5 (1)
16 Mac 2020
Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LBPM)
APEL.A Tahap 4 (Diploma)
  • Lulus penilaian APEL.A MQA (ujian aptitud & penilaian portfolio);
  • Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tahun permohonan;
  • Pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun; dan
  • Lulus temu duga peringkat fakulti.
LBPM/008
4 September 2020
APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)
  • Memenuhi Syarat Am Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) ATAU lulus penilaian APEL.A MQA;
  • Lulus Bahasa Inggeris dalam SPM atau yang setara;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa; dan
  • Tidak rabun warna.

Siapa Layak Mohon APEL.A?

1. Warganegara MALAYSIA

2. Syarat umur minimum

  • Sijil - 19 tahun
  • Diploma - 20 tahun
  • Sarjana Muda - 21 tahun
  • Sarjana - 30 tahun

3. Kelayakan formal: Hanya penilaian untuk ke program Sarjana (T7) perlu ada kelulusan STPM/DIPLOMA/SETARA

(Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).

Kaedah Penilaian APEL.A

1. Ujian Aptitude

Aspek diuji: 

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pengetahuan Am/Pemikiran kritis

2. Portfolio

  • Kompilasi pengalaman
  • Format ditetapkan

3. Temuduga (Calon sarjana (APEL T-7) sahaja)

  • 30-45 minit 
  • 2 orang panel temuduga

(Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).

Tahap Kemasukan

Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. Sehingga kini penilaian APEL.A telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu program Sijil (APEL T-3), Diploma (APEL T-4), Sarjana Muda (T-6) dan Sarjana (APEL T-7).

(Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).